Sunday 25 November 2012

lepaskan rindumu..

ASSALAMUALAIKUM W.B.T


nampak tak tuh, muke aku siyes jew depan lappy. xde ape pun yg nak di'share'kan ngan korang. just ckit2. tentang diri aku sejak akhir-akhir nie. maybe tak hebat macam korang. pegang buku nak hadap exam. aku bukan mcm korang,student.heheheh.. ape pun yg terjadi, semua ade hikmah. semua rayuan aku nak sambung study, DITOLAK!!! xpe,belum ade rezeki. hajat aku ari ni just nak upload pic aku. biarlah tak cantik macam korang tp aku comel.HAHAHAH




saje jew upload, kotkot ade yg merindui aku kan :) *korang take care okey. ILY <3

Sunday 27 May 2012

cuti semester a.k.a semester break!

yeaay! yeaayyyy! cuti..alalalal...cuti.....
haha, nampak tak excited kat situ.mane tidaknya, ase nak muntah da wei duk ngadap mende same jew ari2.. lagi excited sebab abi punye projek kat sabah kena delay.lagi lame lah abi ade kt semenanjung. best bukan? 

apepun,lagi cuti lagi susah lah nk jumpe abi.umi tak kasi lahh. its okey. dapat mesej ngn kau tiap ketika pun da cukup bahagia.hihik *ketawa sopan.. errrrm. boleh dikatakan sangat bosan la duk umah. ari nie da 10 ari kat umah. 5 ari duk umah tanpa tv.bosan la. tv kat bilik angah ade tp tak best,xde astro.haha... then, ari rabu cik zul call. mesti cik zul ade firasat laen sbb dye tahu aku bosan kat umah and memerlukan sedikit money. ditawarnye keje kat aku. keje ape lagi,haruslah promoter KITKAT lagi..hehe. bahagia bukan? tersengih lah aku seharian menanti saat untuk bekerja. 

seronok jugak lah keje sbb customer tak ramai. akak kat kedai tepi aku punye park pulak tuh banyak cakap,semua staff di ceritanya baik buruk nye. tambah dosa aku disitu.lalalala... sehari aku keje 12 jam, dari kul 10 pagi sampai kul 10 malam. nampak mcm lame kan? mmg lame pun,berdiri tunggu customer. lau penat,aku duduk. bos datang,aku buat2 baiki tali kasut then terus berdiri. tiap mase aku mesej ngan laki aku,bos datang,buat2 mengira.lam fon kan ade kalkulator. pandai kan? ahahha..
nie la tempat keje aku. bosan bukan? letak la swimming pool ke,sambil2 tu aku boleh berenang. letak kerusi urut ke,boleh aku buat massage. aihhhh,nie berdiri jew, penat woiiiii.... tapi tu la,kate cik zul, "awak promote je kalau ad orang tanye.lau xde,diam sudah,tak laku xpe,gaji ttp same ".. kan bagusssssss...
nampak tak kebosanan aku kat tempat keje tuh..uhukkkkkkkk.. bdw, aku seronok. seronok ngan suasana ASTAKA shopping mall. ade supervisor hensem, ade cashier comel and ade abg bangla cleaner misai lebat.hahah!
setiap pembelian RM10 ke atas akan dapat hadiah mug nie, cantik kan? cute je..ade jgk la keinginan aku nak memliki mug nie tp aku segan. sampai la lastday,before alek keje aku text cik zul. mintak 2 biji. cik zul kasi 4 tp aku kebas 6. jahat kan? takpe,buat pe dye nk simpan byk2. hihikkk.. terima kasih cik zul sbb mewarnai cuti sem sy.haha! thankssssss sangaaad. ade promotion,sy nak lagi! :)
                                                  
                                                    *muke2 baru dapat gaji :)
                                               

 sekian,terima kasih :)









p/s : HEPY HOLIDAYS TO ALL OF STUDENTS KOLEJ PROFESIONAL MARA INDERA MAHKOTA.. MAY ALLAH BLESS U ALL ALWAYS. SEE U NEXT SEM,INSYAALLAH :)

Wednesday 23 May 2012

rindu kian terlerai

assalamualaikum C.I.N.T.A.. (*tibe2 gua jiwang.. )

                                                     *akhirnye mampu senyum se sweet nye :)

berabad aku tunggu kot,saat yg nak ketemu ngn sang pencinta hati. Hahah! sape lagi, aku ade sorang jew.. ape tidak nye, 4 bulan 13hari tak jumpe,kau sanggup..? hari hari hati aku meronta nak jumpe kau. tibe hari 2, ape pun aku tak kesah. aku nak jumpe kau. aku redah naik bas, gi seremban jumpe kau. tahu tahu tu hari last kau keje kat sane. tak jauh pun,melaka. tapi kita tak boleh jumpe selagi kau tak habis projek. aku sabar, aku tunggu.

*sang pencinta aku.. (muhammad zulfadli)

kini,genap 9 bulan aku hak kau and kau hak aku. mungkin cerita kita tak sehebat cerita orang lain. aku pun ade superman aku. ape tidaknya, superman yg sanggup jalan kaki dekat 2 kilometer sebab nak jemput aku kat terminal. bukan kereta takde, JPJ buat roadblock situ sana sini. takpe,aku sanggup berpeluh peluh untuk kau. aku rase nak peluk kau kat terminal tu jugak tapi aku masih waras. sabar ye sayang! 

sayangnye aku kat kau, esok nak paper, malam nie aku baru balik. naik bas lagi,riena menemani aku. sampai kolej 2 pagi, gaduh gaduh ckit ngan pak guard, aku blah naik hostel. nak ngadu ngan kau, aku text kau, kau tidur. hati aku sayu. aku sabar. lepas paper, aku balik tganu. mintak kete ngan umi. nak balik hostel kataku. tapi,habis paper ke2, aku ke seremban, jumpe kau.kau bwak aku jmpe mak kau. aku akur, terima kasih makcik,atas layanan yang baik.
             *same tak muka ngan kau sayang? anak mak kan.

tak cukup ngan tu, aku tak boleh berjauhan langsung ngan kau. start je kete nak alek dari seremban, sampai Ulu Bendul, kompem kompem aku akan text kau. aku akan kata aku rindu kau. perasan tak. tapi tak selalu sebab 2 kali je aku ke sane naik kete. first kau ikut aku alek kuantan, seronok hati aku.tahu? kau perasan, aku bercerita ngan kau sepanjang jalan, aku takut lepas nie aku rindu kau lagi sebab kita akan lagi berjauhan. aku cerita semua yg berlaku mase kau tiada di sisi ku. betul bukan..??
ingat lagi lepas tu, kita buat event. genap 9 bulan kita. kau bawak aku gi JERAM TOI bukan. syok okey! tapi tak sangka kepala kau luka. kau nampak sape paling gelabah mase tu? aku cuak okey. bukan cuak tengok darah.aku cuak takut kau sakit.aku risau.sungguh. a week before 2 kau excident. kau ingat. bukan main aku cuak. tapi kau fikir kenapa aku tak terus jenguk kau. aku takde duit. ape aku buat, aku keje kan? aku cari duit, aku drive lepas paper second last tuh. gi tengok kau. sapu ubat kat kau. kasi kau makan ikan banyak2. ingat lagi? gi JERAM TOI, kau luka lagi. aku tuamkan kepala kau. darah mengalir kat kepala kau.aku gelabah sayang! aku tak tunjuk tapi kau tahu bukan.kau suruh aku relax. mane boleh! aku sayang kau. pasal malam event tuh, aku taknak sentuh. cukup kisah2 malam tu aku simpan dalam diari hidup aku. tentu jua ada trtulis dalam diari hidup kau. bukan? 
25 nie kau da nak gi jauh. seberang sane. oversea kate kau. SABAH. takpe,kau ke sane utk mase depa kita bukan? aku rela,berjauhan utk seketika. biarlah kau mencari harta dunia utk mase depan kita dulu. sedangkan aku di sini, INSYALLAH akan setia menunggu kepulangan kau. menunggu untuk saat manis kita seterusnya, setiap detik kau bersama aku, aku hargai sayang! terima kasih. ingatlah, kat sane, jgn lupa solat, berdoa agar segalanya selamat. selamat kau pergi, selamat kau kat sana, selamat kau kembali sayang! ape pun, aku sayang and cinta kau seorang. bak kata mak kau, biar rupa tiada,janji hati ikhlas menerima.





*p/s: Kadang-kadang Tuhan turunkan petir dan kilat, kita menangis mencari di mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak beri kita pelangi. kau lah pelangi itu sayang, MUHAMMAD ZULFADLI.
sayangmu,
SHAHIDAH FARHANAH

Saturday 7 April 2012

untukmu wanita

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...
untuk wanita, lelaki yg punyai isteri , kakak, adik pmpuan, kekasih and so on. . .


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seseorang wanita melakukan solat lima waktu, puasa Ramadan, memelihara maruahnya, dan taat suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga yang kamu kehendaki.” (Riwayat )
Seroang wanita memang mudah masuk ke syurga berbanding lelaki. Ini kerana, jika seorang wanita itu betul-betul follow apa yang telah ditetapkan dalam agama islam. Syurga adalah tempatnya.
Berbanding dengan lelaki, banyak yang perlu ditanya sebelum masuk ke syurga, Allah akan tanya anak-anaknya, isteri-isterinya, berkenaan apa yang dibuat semasa hayatnya, jihadnya kemana dan semualah. Macam-macam lagi pertanyaan Allah.

Tetapi, wanita juga yang paling ramai di dalam neraka kerana solat yang dilakukan oleh seorang wanita itu kadangkala tidak mencegah dirinya daripada perkara keji dan mungkar, wanita juga antara yang suka berpuasa, tetapi puasanya hanya dapat lapar dan dahaga sahaja, tapi masih melakukan dosa-dosa, samaada dosa kecil atau besar.

Wanita antara yang susah menjaga maruahnya, masih membuka aurat, walaupun bertudung, tetapi tidak sangat mengikut tuntutan syarak dan wanita juga juga sering gagal memberi ketaatan kepada suaminya.
Bagaimana dengan menjaga maruah dan taatkan suami? Dua perkara ini lebih ramai yang gagal. Maruah diri tidak dijaga sewaktu keluar kerja. Pakaian yang mendedahkan aurat boleh membawa banyak dosa lain selepasnya. Pergaulan bebas juga boleh membawa kepada dosa mulut, mata dan telinga.


Mengenai mentaati suami, realitinya isteri paling ramai gagal memberi ketaatan kepada suaminya. Perintah suami mudah disanggah isteri dan kehendaknya saja yang dipakai. Layakkah mereka itu masuk syurga dalam keadaan itu?


Insaflah wahai wanita yang bergelar isteri. Jangan jadikan diri anda sebagai orang yang pertama masuk ke dalam neraka.
Semoga segala amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah.


AMIN. . . .  YA RABBA AL-AMIN. . . 


Wednesday 4 April 2012

TIPS DIET



Sahabat wanita yang saya hormati,

Fikirkan sejenak..

"Mengapa hospital-hospital tidak menggunakan 'Produk Kuruskan Badan' yang dikatakan berkesan untuk mengubati obesiti dan masalah kegemukan orang Malaysia?"
Pssstt.. Kalau berkesan, dah tentu pihak hospital 'borong' produk tersebut dan berikan kepada mereka yang obesiti dan hadapi masalah kegemukan. Betul tak?

Saya akui, saya sendiri ingin kelihatan menawan, anggun, cantik, berseri dan langsing pada setiap masa. Kalau boleh, saya tak nak pun orang tengok saya 'selekeh' dan tidak terurus.
Bila saya tanya kawan-kawan saya yang lain, mereka juga sependapat dengan saya. Dan saya yakin, anda juga mempunyai fikiran yang sama walau berapa pun usia anda sekarang.
Oleh kerana itu, ramai wanita yang sanggup berhabis duit untuk menjaga ketrampilan diri dengan berkunjung ke pusat kecantikan atau kesihatan atau pelangsingan badan.
Anda mungkin katakan anda tak pergi ke tempat-tempat macam tu. Kalau anda tak pergi sekalipun, mungkin anda ada ambil ubat atau supplemen yang menjanjikan kecantikan diri. Contohnya pil diet.

Situasi Paling Menakutkan!


Perkara yang paling menakutkan seorang wanita adalah MASALAH KEGEMUKAN!
Atau saya salah?
Yelah.. Kalau dilanda masalah kegemukan, macam-macam yang anda fikirkan. Baju tak muatlah.. Takut orang 'mengejek' andalah.. Takut tak ada lelaki yang sukakan andalah.. Takut suami cari wanita lain..
Dan macam-macam lagi yang merunsingkan fikiran anda dan buatkan anda sering berfikir "macam mana nak kurus ni?"
Hmm.. Macam mana isu gemuk ni boleh timbul dalam hidup seorang wanita? Mungkin..

Anda makan secara berlebihan sebab kadang-kadang anda stress. Jadi, anda pun makan banyak malah tak seimbang.
Anda mengamalkan pemakanan diet yang salah dan tidak mengikut panduan yang betul.
Anda tidak selaraskan waktu makan. Ada masa anda makan tengahari pukul 1 petang. Masa lain pula anda makan tengahari pukul 3 petang. Sibuklah katakan..
Anda abaikan sarapan dan makan malam. Sebabnya, anda takut gemuk tetapi lain pula jadinya.
Anda mempunyai lebihan lemak dan air dalam badan. Tetapi anda tak tahu macam mana nak singkirkannya.
Kadar metabolism anda rendah tetapi jumlah kalori yang anda ambil setiap hari tinggi. Macam mana tak gemuk?
Sistem perkumuhan anda tidak bekerja dengan baikdan tidak mampu untuk buang 'benda-benda' yang tak berguna dengan sempurna.
Anda tidak mengawal kalori yang keluar dan masuk ke dalam tubuh badan anda.
Badan anda kembang dan tidak susut-susut selepas melahirkan anak!

Anda Tak Nak Ke Macam Ni?



Jika anda mempunyai suami dan suami anda mengucapkan kata-kata tersebut kepada anda ataupun jika anda belum berkahwin kata-kata ini diucapkan kepada anda oleh tunang ataupun teman lelaki anda. Jadi saya ingin bertanya..

Apa Perasaan Anda?


“ Malulah nak jawab…” Malu-malu pulak.. Ok kalau malu tak mengapa kerana saya sudah boleh agak apa jawapannya.
Dalam hati setiap wanita, saya pasti mempunyai keinginan yang tinggi untuk kelihatan langsing dan berseri namun apabila dizahirkan mungkin sebahagian wanita akan berkata:

" Mimpi ajelah kalau nak suami saya ucapkan kata-kata tersebut pada saya. Tengoklah badan saya… dah tak boleh nak kurus dah… "

“ Kalau tak ada RM2000 sekurang-kurangnya jangan sebut-sebut nak dapat badan yang langsing. Itu belum lagi kalau nak serikan wajah… “
“ Tak percayalah… mana boleh kurus kalau tak makan jamu atau pil diet…”
“ Tak payahlah nak cantik-cantik… akak dah lanjut usia, anak-anak pun dah besar. Nak buat apa kelihatan langsing lagi…”

Itulah jawapan biasa yang saya terima..
Sebab apa itu jawapan biasa? Ini disebabkan oleh pemikiran yang tertanam diminda sesetengah wanita hari ini. Pemikiran yang mengatakan untuk memiliki badan langsing serta wajah yang berseri:

Adalah sesuatu yang sukar dan menyusahkan!

Harus keluarkan wang yang banyak kerana kosnya yang tinggi!

Tiada cara lain melainkan dengan mengambil jamu atau pil diet serta ubat-ubatan!

Tidak perlu apabila usia semakin meningkat!

Jadi di sini, saya akan menolak segala pemikiran karut tersebut dan menekankan bahawasaya ada satu rahsia yang boleh membantu anda bagi memiliki badan langsing serta keserian wajah seperti yang anda idam-idamkan..
..dengan cara menguruskan badan yang lebih mudah dan praktikal juga tanpa membelanjakan wang yang banyak serta melakukan proses rawatan rumit itu lagi.
Pergilah ke mana-mana pakar kesihatan mahupun pakar kecantikan dan tanyakan pada mereka apakah cara terbaik untuk memiliki badan yang langsing, sihat serta wajah yang berseri. 
Saya pasti pakar-pakar tersebut bersepakat dengan mengatakan ‘DIET’ yang betul.

“ Hmm… ingatkan apa tadi rupanya ‘DIET’… kalau ‘DIET’ aku tahulah… “ , NANTI! jika inilah respons anda, ada satu perkara yang ingin saya kongsikan..

Memang betul, semua orang tahu apa itu ‘DIET’ tetapi berapa ramaikah yang tahu bagaimana melakukan ‘DIET’ yang betul dan berkesan khusus bagi para wanita yang ingin kelihatan langsing, berseri wajah serta sihat tubuh badan dengan lebih mudah dan cepat?

Ramai Wanita Salah Faham Dengan 'DIET'



Memang tidak dinafikan dengan melakukan ‘DIET’ yang betul, ia mampu mengembalikan bentuk badan yang langsing serta menyerikan wajah dengan cara yang lebih ‘natural’.
 Anda Nak Tahu Tak?

Kesemua rahsia-rahsia itu saya tunjukkan dalam sebuah ebook..


Teknik Menurunkan Berat Badan Untuk Wanita


Perhatian: Gambar di atas menggambarkan sebuah ebook berformat .pdf. Anda boleh membacanya dengan menggunakan perisian percuma Adobe Reader.

Anda sudah tahu anda perlu melakukan ’DIET’ namun anda tidak tahu bagaimana untuk memulakannya dan bagaimana untuk melakukannya dengan cara yang betul sekaligus memberi keputusan yang diharapkan.
Oleh itu apa yang bakal saya kongsikan kepada anda dalam Ebook Rahsia Diet Wanita adalah kaedah ’DIET’ yang betul serta merealisasikan impian anda untuk kelihatan langsing, sihat dan berseri..
Teknik mudah yang diiktiraf oleh semua pakar kesihatan.. Lihat sendiri apa kata mereka yang PAKAR!

"Rahsia Diet Wanita Memang Lengkap Untuk Anda Bermula!"


Syabas kepada penulis kerana berjaya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi iaitu ebook rahsia diet wanita. Sepanjang 4 tahun penglibatan saya dalam bidang " fitness dan diet " dan juga " personal trainer " secara sambilan. Saya akui cara diet wanita sangat berbeza daripada lelaki dari segi kalori, kadar metabolisma badan, peratusan lemak utk mendapatkan badan yang ideal dan lain-lain faktor malahan peratusan obesiti di Malaysia menunjukkan wanita berada di tahap yang teruk


Ebook ini menerangkan cara mengira BMR (Basal Metabolic Rate) yang biasa saya caj RM 50 utk setiap pelanggan tetapi penulis ebook bagi formula mengira BMR dengan harga berpatutan (perlu diingatkan kalkulator BMR di sediakan di internet adalah tidak tepat). 


Di samping itu juga, ebook rahsia diet wanita ini juga memberi jadual makanan yang seimbang seperti karbohidrat, protein dan juga vitamin yang diperlukan oleh wanita untuk mencapai berat ideal dengan pantas.  


Perlu saya tegaskan pengambilan diet yang seimbang menyumbang 80% utk kesihatan tubuh kita tidak kira sama ada lelaki atau perempuan berbanding bersenam. Pengambilan kalori ada juga diterangkan di dalam ebook ini berdasarkan kadar metabolisme badan kita. Pengambilan kalori berdasarkan kadar metabolisme badan adalah rahsia mendapatkan berat badan idealtanpa perlu bersenam!!. 


Akhir sekali, saya selaku penulis ebook Formula Diet Extreme merasa kagum dengan ebook Rahsia Diet Wanita kerana terdapat banyak ilmu-ilmu baru yang saya perolehi daripada ebook ini.



Asasindino

www.FormulaDietExtreme.com

Antara Rahsia-Rahsia Utama Yang Bakal Anda Perolehi Melalui Ebook Rahsia Diet Wanita..
Sebenarnya, dalam ebook ini ia padat dengan pelbagai informasi serta tips ’DIET’ yang betul. Oleh itu, mari saya bawa anda untuk melihat sebahagian daripada rahsia utama yang terkandung dalam ebook hebat ini.

Anda akan ketahui kenapa ada wanita senang untuk gemuk manakala ada juga susah?
Apa itu B _ _ dan B _ _? Ketahui dan mahirkan 2 perkara ini maka usaha ‘DIET’ anda tidak akan sia-sia.
10 faktor yang menentukan jumlah kalori yang diperlukan oleh badan. Ini penting untuk anda ketahui kerana lain badan lain pula kalorinya
5 teknik rahsia mengekalkan amalan makanan seimbang. Kalau tak tahu, maka sukar untuk melakukan ‘DIET’ yang sempurna
10 faktor kenapa usaha ‘DIET’ anda pasti gagal. Wajib untuk anda ketahui sebelum anda melakukan ‘DIET’ Jika tidak anda patut lupakan niat untuk kelihatan langsing.
Ketahui bagaimana perkiraan JPTS akan menentukan sama ada anda selamat atau tidak dalam ‘DIET’ Jadi apa itu JPTS?
5 jenis ___________ yang patut anda tahu. Ketahuinya maka ‘DIET’ anda merupakan ‘DIET’ yang sangat seimbang.
Ketahui apakah sumber terpenting untuk menurunkan berat badan? Rugi kalau tak tahu.
ADEK merupakan vitamin yang larut lemak. Apa ADEK ini? Apa Kegunaanya?
8 amalan pemakanan sihat. Ini wajib untuk anda ketahui.
Membongkar Rahsia ‘DIET’ tanpa ‘Exercise’.
Anda bakal ketahui tanpa menjalani ‘DIET’ yang betul anda mungkin akan berhadapan dengan 6 penyakit kronik. Ketahui apakah 6 penyakit tersebut!
Nisbah peratusan perempuan menghadapi masalah _________ adalah 3:1 berbanding lelaki pada julat umur 20-40 tahun. Jika anda dapat tanganinya kehidupan anda akan lebih sihat dan ceria.

Itu hanyalah sebahagian daripada kandungan yang ada dalam ebook hebat ini. Anda bakal dikongsikan dengan banyak lagi info ‘DIET’ melalui ebook ini.





Usaha ’DIET’ anda tidak menjadi sia-sia lagi!

Selepas anda membaca ebook ini anda akan faham apakah sebenarnya yang dikatakan tentang 'DIET' yang sebenar.
Dengan ini anda dapat menangkis segala kesalahfahaman anda mengenai ’DIET’ itu sendiri. Ini penting untuk anda perjelaskan kepada diri anda kerana tanpa pemahaman yang betul segala usaha ’DIET’ anda akan menjadi sia-sia belaka.

Tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengamalkannya!